Friday, March 20, 2009

Persediaan anak anda sebelum sesi foto

Ramai yang gemar merakam gambar anak mereka dirumah, luar rumah atau mana-mana sahaja. Tetapi tahukah anda, sebelum anda merakam gambar anak anda, ada perkara yang perlu anda ketahui sebelum bermulanya sesi tersebut. Tidak kiralah sesi tersebut dirakam oleh anda sendiri atau oleh profesional.

Ramai yang bertanya, pentingkah perkara ini dilakukan? Jawapan saya, YA!!!

Kerana jika perkara yang utama ini tidak dilakukan, nescaya sesi yang boleh disiapkan sejam akan menjadi lebih dari dua jam.

Pertama, sebelum anak anda disiapkan. Pastikan mereka mendapat rehat dan makanan yang mencukupi. Ini bertujuan mengelakkan mereka menangis atau mengadu lapar dan 'mood' mereka hilang.

Kedua, sebelum keluar rumah (bagi sesi outdoor), pakaikan dengan pakaian yang anda akan gunakan untuk sesi tersebut. Pastikan anak anda selesa dan tidak berasa panas dengan pakaian tersebut.

Ketiga, semasa dalam perjalanan seboleh-bolehnya jangan benarkan emosi marah menguasai anda. Cuba tenangkan diri dengan tidak memarahi anak anda bagi membolehkan anda anda dalam 'mood' ceria.

Keempat, ketika sesi, cuba pastikan anda dan anak anda 'enjoy' dengan sesi tersebut. Tetapi kurangkanlah lakonan dalam sesi anda kerana ia boleh kelihatan di riak wajah anda.

Shah
Pengurus & Jurufoto
019-4633007